Kebolehlaksanaan Larut lesap biologi

Kebolehlaksanaan ekonomi

Larut lesap biologi secara amnya lebih mudah dan, oleh itu, lebih murah untuk dikendalikan dan diselenggara daripada proses tradisional, kerana lebih sedikit pakar yang diperlukan untuk mengendalikan loji kimia kompleks. Selain itu, kepekatan yang rendah tidak menjadi masalah bagi bakteria kerana mereka hanya mengabaikan sisa yang mengelilingi logam, dan mampu mencapai hasil pengekstrakan lebih 90% dalam beberapa kes. Mikroorganisma ini sebenarnya mendapat tenaga dengan menguraikan mineral kepada unsur konstituennya.[6] Syarikat hanya mengumpul ion daripada larutan selepas bakteria selesai.

Proses larut lesap biologi boleh digunakan untuk mengekstrak logam daripada bijih yang berkepekatan rendah seperti emas yang terlalu lemah untuk teknologi lain. Ia boleh digunakan untuk menggantikan sebahagian proses penghancuran dan pengisaran yang meluas yang diterjemahkan kepada kos yang amat mhal dan penggunaan tenaga dalam proses konvensional. Kerana kos larut lesap bakteria yang lebih rendah melebihi masa yang diperlukan untuk mengekstrak logam.

Bijih yang berkepekatan tinggi, seperti kuprum, lebih menjimatkan menggunakan proses peleburan berbanding proses larut lesap biologi kerana kelajuan proses larut lesap bakteria yang perlahan berbanding dengan peleburan. Kadar kelajuan proses larut lesap biologi yang perlahan memperkenalkan kelewatan yang ketara dalam aliran tunai untuk lombong baharu. Walau bagaimanapun, di lombong tembaga terbesar di dunia, Escondida di Chile, proses larut lesap biologi boleh memberi hasil yang menguntungkan.[7]

Di angkasa lepas

The experimental unit of the experiment
S. desiccabilis is a microorganisms that showed high efficacy

Pada tahun 2020, para saintis telah menunjukkan melalui eksperimen dengan persekitaran graviti berbeza di ISS, bahawa mikroorganisma boleh digunakan untuk melombong unsur berguna daripada batuan basaltik melalui proses larut lesap biologi di angkasa. [8]

Rujukan

WikiPedia: Larut lesap biologi https://web.archive.org/web/20081219223656/http://... http://ngm.nationalgeographic.com/2009/01/gold/lar... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2010EnST...44..4... https://doi.org/10.1021%2Fes900986n https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19950896 https://doi.org/10.1016%2FB978-0-12-804022-5.00014... https://web.archive.org/web/20120229195438/http://... https://www.cyanidecode.org/cyanide-facts/use-mini... https://doi.org/10.1016%2Fj.envadv.2021.100083 https://www.worldcat.org/issn/2666-7657